Wednesday, August 20, 2014

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA


Kita hendaklah mematuhi undang - undang  serta papan tanda ketika memandu di atas jalan raya.
Saksikan video yang dapat menyedarkan kita akibat tidak mematuhi undang-undang dan papan tanda jalan raya :

http://www.youtube.com/results?search_query=kepentingan+mematuhi+papan+tanda+jalan+raya

Tuesday, June 3, 2014

APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?


1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. 
Sek. 52(1) RTA 1987
2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. 
Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2. Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3. Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4. Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5. Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
6. Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7. Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8. Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9. Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa mengamalkan cogan kata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"

PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN

1. Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak bukit.
2. Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
3. Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
4. Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.

PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG


1. Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
2. Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
3. Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
4. Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
5. Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
6. Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
7. Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
8. Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya



Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.      
Pada era globalisasi kini, kemalangan jalan raya diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan.Perkara ini berlaku kerana ramai pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Peraturan jalan raya telah ditetapkan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku. Pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda bagi pengguna jalan raya untuk dipatuhi. 
Bagi mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku pengguna jalan raya perlulah mematuhi papan tanda jalan raya. Papan tanda ini bertujuan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati semasa mengguanakan jalan raya. Sebagai contoh:-

Papan tanda ini bertujuan agar para pemandu mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Had laju terdapat dalam pelbagai nilai mengikut tempat.

       Terdapat pelbagai lagi simbol yang terdapat di jalan raya bagi mengingatkan agar para pemandu berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan diri.

      Sekiranya pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya peningkatan kemalangan maut akan meningkat.

       Jika diteliti data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah Malaysia yang menjadi tumpuan bersama Argentina dan Kemboja.



       Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.



       Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.



        Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan.



        Oleh itu, mematuhi peraturan jalan raya dan papan tanda yang disediakan di jalan raya amat berguna bagi menguragkan penigkatan kemalangan maut di Malaysia.Penggguna jalan raya juga dapat menggelakkan daripada berlaku kemalangan.



        Sebagai contohnya, pengguna jalan raya perlulah mematuhi peraturan jalan raya agar jumlah peingkatan kemalangan maut dapat dikurangkan. Keselamatan pengguna jalan raya juga dapat ditingkatkan.