Tuesday, June 3, 2014

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2. Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3. Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4. Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5. Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
6. Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7. Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8. Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9. Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa mengamalkan cogan kata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"

No comments:

Post a Comment